Bahagian Pengurusan Strategik (BPS)
Bahagian Pengurusan Strategik telah ditubuhkan pada 23 Mac 2016 (MJTK Bil. 2/2016) setelah dinaik taraf daripada Unit KPI kepada bahagian. Bahagian Pengurusan Strategik terlibat dalam penyediaan perancangan Pelan Jangka Pendek , Sederhana dan Panjang serta menyelaras dan memantau pelaksanaan pelan tindakan secara keseluruhannya. Ia bersesuaian dengan fungsi dan peranan yang dijalankan oleh Bahagian dalam memastikan Visi dan Misi tercapai.
VISI
Merealisasikan aspirasi ANGKASA untuk memperkasakan keupayaan dan kapasiti ANGKASA dan sektor koperasi.
MISI
Menyediakan Pelan Strategik yang mantap bagi menterjemahkan hala tuju ANGKASA dengan merangka inisiatif pelaksanaan yang strategik serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga melalui pengurusan yang efektif.
PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN
1. Merangka dan menyumbang kepada Strategi pembangunan jangka panjang peringkat bahagian dan korporat, berdasarkan analisa pasaran utama, pesaing, perubahan teknologi dan permintaan pasaran jangka panjang. Menyumbang kepada pelan perniagaan dan membantu menterjemahkan pelan tersebut kepada inisiatif perlaksanaan.
2. Membantu proses pembuatan keputusan mengenai polisi dan strategik peringkat pengurusan termasuk mengemukakan idea-idea perkhidmatan yang baru. Membantu di peringkat sektor dan bahagian dalam membentuk hala tuju perniagaan yang strategik bagi memberi impak yang tinggi kepada pengguna.
3. Membuat analisa pasaran yang mantap bagi mencapai sasaran yang digariskan tersebut dengan menggunakan model strategi perniagaan yang tepat dengan sokongan pihak pengurusan atasan.
4. Memantapkan imej ANGKASA dengan meningkatkan mutu dan kualiti pencapaian KPI serta penyelarasan dan pemantauan sasaran KPI melalui kerjasama yang baik dengan semua bahagian dan subsidiari - subsidiari
OBJEKTIF
1. Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat ANGKASA sebagai badan Apex.
2. Merangka konsep dan prinsip KPI ANGKASA dan menetapkan sasaran prestasi.
3. Mewujudkan sistem pengukuran dan menilai prestasi berdasarkan objektif organisasi pemantauan berkala.
4. Menentukan hala tuju pembangunan strategi ANGKASA termasuk anak syarikat dan subsidiari.
5. Memantau, menilai dan melaporkan pencapaian strategi melalui pengukuran KPI keseluruhan bahagian ANGKASA termasuk subsidiari kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Strategik ANGKASA (MJPSA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (MJTK) secara berkala.
CARTA ORGANISASI
(sedang dalam proses kemas kini)
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
ENCIK MOHD. ISMAIL IBRAHIM
Pengurus Besar
Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA
Pejabat Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA (Tingkat 5)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7890 / 7891 Faks: +603 - 7884 6444 E-mel: mail.angkasa@gmail.com