Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM)

VISI

Peneraju Pembangunan Modal Insan ke arah melahirkan kakitangan yang mempunyai kompeten, berjati diri dan produktif.

MISI

Memancu transformasi pengurusan sumber manusia ANGKASA untuk meningkatkan sikap, ilmu dan kemahiran kakitangan melalui pengurusan organisasi dan latihan yang berkualiti secara inovatif dan strategik.

PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

1. Perancangan Sumber Manusia

Merancang, melaksanakan dasar yang berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi selaras dengan Visi, Misi dan Objektif ANGKASA;

2. Pembangunan Sumber Manusia

Menganalisa keperluan, membangun, merancang dan menguruskan program-program pembangunan latihan dan kompetensi berasaskan kemahiran (skills), sikap (attitude) dan pengetahuan (knowledge) untuk Pegawai & Kakitangan ANGKASA melalui program latihan, pembelajaran berterusan dan pembangunan kompetensi untuk menjadikan warga kerja ANGKASA yang kompeten dan professional.

3. Perjawatan

Merancang dan mengkaji keperluan sumber manusia dan menguruskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan seperti pengambilan kakitangan baru, lantikan, perlanjutan tempoh percubaan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat  tanggung kerja dan pemangkuan, pertukaran dan penempatan serta persaraan.

4. Penggajian dan Faedah

Menguruskan penggajian dan faedah termasuk ganjaran kakitangan, pampasan persaraan, elaun-elaun, subsidi,  kemudahan perubatan dan insuran kakitangan serta potongan wajib berdasarkan akta dan peruntukan undang-undang. 

5. Pengurusan Disiplin dan Perhubungan Perusahaan

Menguruskan disiplin kakitangan dan hubungan perusahaan termasuk proses rundingan perjanjian bersama dan rundingan damai antara ANGKASA dengan Kesatuan Sekerja termasuk pengendalian kes-kes yang dirujuk di Pejabat Buruh, Mahkamah Buruh, Jabatan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan.

6. Pematuhan Undang-Undang

Memastikan kepatuhan undang-undang yang berkaitan perkhidmatan seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial / Perkeso, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya dalam perlaksanaan dan pengurusan kakitangan.

7. Riadah , Silaturrahim dan Kemudahan

Mengendalikan program-program riadah dan silaturrahim pengwujudan program dan lokaliti kebajikan dan kemudahan kakitangan bagi menjaga kebajikan warga kerja ANGKASA, ke arah budaya kerja yang sihat dan positif.

OBJEKTIF

1. Merancang dan melaksana dasar yang berkaitan pembangunan dan pengurusan sumber manusia

2. Merancang dan melaksanakan program-program pengurusan dan pembangunan sumber manusia bagi melahirkan warga kerja yang kompeten

3. Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana harmoni

4. Menjadi penasihat dalam aspek pengurusan sumber manusia

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

HAJI ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA (Tingkat 2)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7823 / 8135 Faks: +603 - 7803 4275 E-mel: abdrahim.angkasa@gmail.com