Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti (BPRTI)

LATAR BELAKANG

1. Pendahuluan

Penstrukturan Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA (JTK) Bil. 6/2017 pada 17 Oktober 2017.

2. Latar Belakang

Bermula dengan penggabungan Unit Pengurusan Risiko, Pematuhan, Integriti dan Peyakin Keselamatan diwujudkan sebagai sebuah unit sokongan kepada Pengurusan Pentadbiran ANGKASA. Berperanan utama dalam meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan ANGKASA melalui Pengurusan Kualiti, Pengurusan Risiko, Pengukuhan Integriti dan keselamatan Perlindungan.

3. Tujuan

Menjadi bahagian yang bertanggungjawab meningkatkan akauntabiliti organisasi dan memupuk kecermerlangan pengurusan yang profesional dan bebas serta memastikan kakitangan dan Jawatankuasa ANGKASA mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

4. Objektif

Membantu ANGKASA mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang  sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus serta  bertanggungjawab mengekalkan tahap integriti, urus risiko dengan konsisten dan Kawalan Dalaman & Pematuhan (ISO) yang efektif. 

5. Plan Strategik

Memantapkan integriti warga ANGKASA agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui tadbir urus terbaik, budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang. Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti, meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan optimum.

6. Kuasa dan Tanggungjawab Unit

6.1       Unit Pengurusan Risiko

a. Menyediakan penilaian bebas mengenai kecukupan dan ketahanan proses pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan kepada polisi risiko dan keperluan pihak berkuasa.

b. Membentuk polisi pengurusan risiko, piagam bagi Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Unit Pengurusan Risiko yang diluluskan dilaksanakan dan dipatuhi.

c. Mengkaji semula dan mengesyorkan strategi pengurusan risiko, dasar dan toleransi risiko dan menilai kecukupan dasar pengurusan risiko ANGKASA bagi mengenalpasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko pada tahap yang munasabah.

d. Memudahkan proses pengurusan risiko dengan unit-unit operasi yang merangkumi pengenalpastian risiko, penilaian, mengurangkan dan mengawal selia.

e. Menyemak kawalan dalaman bagi memastikan sama ada urus risiko masih relevan dan sesuai. Sebarang perubahan kepada kawalan dalaman didokumenkan di dalam Prosedur Operasi Standard (“SOP”) masing-masing.

f. Mewujudkan struktur dan pelan pengurusan risiko yang komprehensif serta memantau aktiviti berkaitan pengurusan risiko

g. Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko Korporat (ERM) di ANGKASA

h. Menyediakan Laporan Profil Risiko Korporat dan tindakan mitigasi bagi kegunaan ANGKASA

i. Memastikan komitmen pengurusan dalam mesyuarat Risiko ANGKASA.

j. Mengkaji dan menilai kecukupan dasar pengurusan risiko ANGKASA bagi mengenalpasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko pada tahap yang munasabah

6.2       Unit Integriti

a. Menerapkan nilai-nilai integriti secara menyeluruh di ANGKASA menerusi Program-program Integriti ANGKASA, Integrity Pact dan lain-lain program termasuk menjayakan Hari Integriti ANGKASA setiap tahun pada 8hb November.

b. Memperkasa tadbir urus dan mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanan tugas dan fungsi ANGKASA/JPAN mengikut perancangan.

c. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam ANGKASA.

d. Perlaksanaan Proses Integriti ANGKASA

     a. Pengukuhan Integriti

      i. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. Melalui pembangunan modal insan berintegriti dan memantapkan budaya berintegriti dan nilai-nilai murni;

     ii. Memastikan Peraturan Pegawai Kakitangan ANGKASA (Tatakelakuan Dan Tatatertib) dipatuhi khususnya perisytiharan harta, percanggahan kepentingan, salah laku dan sebagainya

     b. Tadbir Urus

     i. Memastikan pelaksanaan tadbir urus yang terbaik dan efektif dilaksanakan;

    ii. Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus, mengkaji kelemahan dan penambahbaikan sistem dan prosedur, kawalan sistem, menutup ruang dan peluang rasuah dan salahlaku

     c. Pengesanan dan Pengesahan

     i. Mengesan dan mengesahkan aduan dan maklumat salahlaku jenayah seperti rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;

    ii. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

     d. Pengurusan Aduan

       Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah khususnya rasuah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

     e. Pematuhan

     i. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta sistem dan prosedur kerja yang berkuatkuasa serta mencadangkan penambahbaikan;

    ii. Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala ke atas pematuhan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan projek

    f. Pengurusan Tatatertib

       Memastikan urusan prosedur tatatertib dijalankan dengan adil, cepat dan memberi kesan menyeluruh kepada organisasi; Melaksanakan pemantauan ke atas kes-kes tatatertib bagi mengelakkan berlaku kelewatan siasatan dan prosiding tatatertib bagi memastikan penyiapan kes dalam tempoh sewajarnya

   g. Penarafan Risiko SPRM dan SKM

      Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertanggungjawab melaksanakan penarafan risiko koperasi bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian. Taraf risiko dikelaskan kepada tinggi, sederhana atau rendah. Penarafan semula risiko sesuatu agensi dilaksanakan setiap tiga (3) tahun atau mengikut keperluan.

   h. Struktur Unit Integriti / Pegawai Ketua Unit Integriti (CEIO)

    i. Struktur dan perjawatan bagi Unit Integriti diwujudkan di Bahagian Integriti dan Pengurusan Risiko diketuai oleh Penolong Pengurus dibantu dua Pegawai Integriti bertauliah.

   ii. Perjawatan Ketua Unit Integriti di ANGKASA (Pengurus BARI) memerlukan kelayakan Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer/CeIO) atau lain-lain kelayakan sepertimana diiktiraf oleh Lembaga Pentauliahan Pegawai Integriti yang diurusetiakan oleh SPRM. Kursus CeIO dilaksanakan oleh SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

    i. Penyelarasan dan Pelaporan

    i. Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM berperanan menyelaras pelaksanaan fungsi Unit Integriti. Bahagian ini turut bertanggungjawab untuk menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti di ANGKASA.

   ii. Bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti ini, Ketua Unit Integriti hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM setiap empat (4) bulan sekali iaitu sebelum 15 haribulan Mei, September dan Januari.

6.3       Unit Peyakin Keselamatan

a. Memantau, merancang dan mencadangkan peluang-peluang penambaikan sistem dan prosedur kawalan keselamatan ANGKASA termasuk hartanah dan Peralatan ANGKASA serta ICT ANGKASA sentiasa relevan dengan perubahan teknologi dan situasi semasa.

b. Menyelia dan memantau kes-kes ANGKASA yang disiasat oleh Unit Penyiasatan/Pendakwaan ANGKASA dan dilaporkan dalam Mesyuarat BPKP.

c. Menyelia tugas-tugas yang dilaksanakan oleh syarikat kawalan Keselamatan ke atas kawalan pintu bangunan, keluar masuk pintu utama dan belakang serta kawalan lalulintas kenderaan dan letak kereta kenderaan.

d. Memastikan prosedur pengurusan darurat ANGKASA dipatuhi terutamanya melibatkan kebakaran.

e. Mengendalikan dan menentukan pengurusan keselamatan Agihan wang saku semasa Persidangan ANGKASA kepada perwakilan dengan berkesan.

f. Memantau iklan di akhbar-akhbar dan majalah tempatan termasuk risalah-risalah yang diedarkan untuk mengenalpasti penyalahgunaan nama ANGKASA dan BPKP.

g. Memastikan kriteria-kriteria keselamatan perlindungan di ANGKASA merangkumi kakitangan/jawatankuasa dan hartanah & peralatan dipatuhi berdasarkan Kawalan Keselamatan ANGKASA yang yang dibangunkan.

h. Memastikan kesedaran berhubung keselamatan perlindungan dapat diterapkan di kalangan kakitangan ANGKASA dan Rancangan

i. Meningkatkan kesedaran dan membudayakan kakitangan ANGKASA dalam isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)

j. Memastikan Keselamatan, kesihatan & Kebajikan petugas di tempat kerja dan mematuhi garis panduan pelaksanaan keselamatan & kesihatan pekerjaan (KKP) dalam persekitaran kerja

6.4       Unit Kawalan Dalaman dan Pematuhan

            Pematuhan (Sistem Pengurusan Kualiti ANGKASA)

a. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa ISO 9001:2015 (Kepuasan Pelanggan) dan ISO 27001 (Keselamatan Maklumat).

b. Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan ANGKASA di peringkat Jawatankuasa, Pemilik Proses, Bahagian dan Unit.

c. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek ANGKASA serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.

d. Menyelaraskan maklumat mengenai segala maklumbalas pelanggan yang diterima bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.

e. Memastikan keperluan pelanggan ditentukan menerusi tinjauan, maklumbalas dan juga semakan bagi menjamin keperluan pelanggan dipenuhi.

f. Merancang dan menyelaras program-program kualiti ke arah memantapkan sistem pengurusan kualiti ISO 37001:2016 (Anti-Rasuah) dan OHSAS 18001:2007 (Kesihatan dan Keselamatan Pekerja), ISO 1900:2005 (Pematuhan Syariah)

g. Memantau dan menilai keberkesanan program kualiti dan strategi pelaksanaan pengurusan kualiti.

h. Memberi bimbingan dan menyediakan keperluan latihan berkaitan sistem pengurusan kualiti.

i. Mengekalkan pembaharuan pensijilan ISO sekali bagi setiap tiga tahun dan menyediakan SOP

j. Memastikan ANGKASA mematuhi rancangan perlaksanaan KPI dan KRA dengan mengemukakan laporan bulanan sebelum 10 haribulan setiap bulan yang akan digunakan sebagai kayu pengukur dalam penilaian prestasi Bahagian dan Peneraju Sektor.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

(KOSONG)
Pengurus Besar
Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti (Tingkat 5)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6436 / 6428 / 6520 Faks: +603 - 7884 6444