Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

LATAR BELAKANG

Demi memastikan Kelestarian Keusahawanan Koperasi khususnya kepada ahli-ahli ANGKASA, Bahagian Pembangunan Kepenggunaan (BPK) ANGKASA telah di amanahkan untuk  membantu koperasi ke arah kecemerlangan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sesuai dengan Pelan Tindakan Koperasi  di bawah Dasar Koperasi Negara ke-2. Dalam Usaha bagi mencapai hasrat tersebut,  pada bulan Julai 2015,  Jawatan Kuasa Tadbir Kebangsaan (JTK)  telah memberi tanggungjawab kepada  bahagian ini untuk membangunkan koperasi di dalam dua sektor keberhasilan utama iaitu:

1. Sektor Pemborongan dan Peruncitan

2. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan

Fungsi utama bahagian adalah  untuk meransang dan membangunkan perniagaan  koperasi-koperasi  ahli ANGKASA dalam menjana pendapatan melalui aktiviti  dan projek  di  bawah sektor pemborongan dan peruncitan serta di bawah sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan.  Antara projek dan  perkhidmatan yang sedang dijalankan di bawah sektor pemborongan dan peruncitan adalah, projek pembangunan produk, projek pembangunan Pusat pengumpulan, pembangunan outlet retail dan juga promosi pemasaran di dalam dan luar negara. Manakala projek dibawah sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan pula adalah membangunkan perniagaan dibawah koperasi jaringan iaitu, jaringan CoopHotel, CoopStay, Pelancongan Koperasi Sekolah (ISTAC), CoopSpa, CoopDialisis dan juga CoopFarmasi. Melalui projek-projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan ini,  akhirnya diharap dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara disamping meningkatkan taraf hidup anggota koperasi yang berkaitan serta mengurangkan kos sara hidup melalui projek-projek yang telah dilaksanakan.

VISI

Peneraju Pembangunan Koperasi Dalam Bidang Perniagaan Dan Keusahawanan  Yang Profesional Menjelang Tahun 2020.

MISI

Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam sektor pemborongan peruncitan serta sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan melalui pengurusan dan perkhidmatan yang profesional.

PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

1. Bertanggungjawab sebagai peneraju kepada dua sektor iaitu Sektor Pemborongan dan Peruncitan serta Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan.

2. Berperanan sebagai peneraju pembangunan koperasi di bawah kedua-dua sektor seliaannya.

3. Memantau segala aktiviti sektor seliaannya supaya bergerak mengikut fungsi dan peranan sektor masing-masing dalam membangunkan koperasi dengan menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi.

CARTA ORGANISASI

Klik untuk paparan penuh

CARTA PENGURUSAN KANAN BPK

Klik untuk paparan penuh

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

EN. AHMAD MARZUKI ISMAIL
Pengurus Besar
Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kepenggunaan
Aras 3 Wisma Ungku A.Aziz
Jalan SS6/1, Kelana Jaya, Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7857 / +603 - 7800 7888 Faks: +603 - 7806 1506

E-mel: marzuki.angkasa@gmail.com 

Facebook: http://facebook.com/BahagianPerkhimatanKepenggunaan