Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

Berhasrat menjadikan ANGKASA sebagai penyedia perkhidmatan ICT yang terbaik serta berperanan melahirkan masyarakat koperasi yang berinovasi, memaksimum produktiviti dan menjadi pusat rujukan IT bagi sektor koperasi, melalui usaha berikut;

- Menyediakan perkhidmatan ICT berkualiti yang inovatif dan responsif.

- Meningkatkan kemahiran teknikal dan kesedaran keselamatan ICT dikalangan warga ANGKASA dan gerakan koperasi.

- Menyediakan infostruktur ICT dengan teknologi terkini bagi menyokong operasi ANGKASA serta mempastikan kelancaran perkhidmatan ANGKASA sebagai badan apex gerakan koperasi.

Struktur Organisasi

 

Peranan dan Skop Perkhidmatan

Operasi & Keselamatan ICT

Perkhidmatan Web & Pembangunan ICT

- Senggara Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

- Integrasi Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR)

- Kiosk SPGA (terminal layan-diri untuk semakan potongan gaji)

- ANGKASA Record Management (workflow & arkib dokumen eletronik)

- Integrasi ECM Bank Rakyat, Agro Bank

- Sokongan Sistem Bhg. Kewangan

- Sokongan Sistem Bhg. Sumber Manusia

- Sistem Panggilan Berpusat @BPA

- Pengurusan Keselamatan Sistem Maklumat (ISMS)

- Portal Pelanggan BPA@SOLA

- Senggara Laman Web ANGKASA

- Senggara Server e-Mail & dot COOP

- Perkhidmatan multimedia & reka grafik

- Pembangunan Laman Web Koperasi

- Pembangunan e-Niaga @Coop100

- Sistem Pendaftaran Mesyuarat Koperasi

- Sistem Kira-Undi Berkomputer (kertas)

- Sistem e-Undi ANGKASA (tanpa kertas)

- Sistem e-Anggota (Keahlian ANGKASA)

- Sistem Databank 2.0 (Sektor Koperasi)

- Aplikasi web untuk unit & bahagian

- Bantuan teknikal IT pejabat ANGKASA Negeri

- Penyelidikan & pembangunan aplikasi baru, seperti e-hailing ”cALLme”


Projek Berinovasi.

1) Aplikasi E-hailing ”cALLme” Untuk Pemandu Teksi & Airport Limo

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Lok pada 15 Disember 2018 di KLIA. Produk IT yang berkaitan dengan LOGISTIK yang berteras kepada revolusi industri (IR 4.0).

 

2) BA100 Retail Platform dan Program Kesetiaan Pelanggan Kedai Koperasi

Projek diterajui oleh Sektor Pemborongan & Peruncitan akan membangunkan rantaian pembekalan (supply chain) melalui beberapa syarikat pembekal barangan asas, pusat agihan (distribution centre) dan kemudian terus ke kedai koperasi. Projek IT bersama ROBU Consultant melibatkan pembangunan aplikasi front-end (point-of-sale system dan consumer loyalty programme) serta “back-end processing system” seperti centralised inventory management, order-to-cash system, warehouse & distribution module.

3) Projek DATABANK 2.0 Maklumat Sektor Pembangunan Koperasi

Inisiatif usahasama dengan semua sektor pembangunan koperasi bagi mengumpulkan maklumat perniagaan, aset hartanah dan projek koperasi yang dilaksanakan bersama ANGKASA. Maklumat keahlian koperasi ANGKASA diperluaskan dan digabungkan dengan maklumat penting yang diperolehi melalui projek pembangunan sektor.

Perkhidmatan Untuk Gerakan Koperasi.

1) Memberi perkhidmatan sistem pendaftaran perwakilan dan aplikasi kira-undi berkomputer untuk mesyuarat tahunan koperasi.

2) ANGKASA telah menyediakan sistem kira-undi digital (e-Undi) berkonsep ”paper-less” yang menggunakan paparan sesentuh IPAD (touch screen).

3) Menyediakan laman web koperasi secara PERCUMA dengan menggunakan sub-domain ’mykoperasi.coop’. Koperasi dapat mempromosi produk dan perkhidmatan kepada anggota dan juga masyarakat secara online.

4) Menyediakan aplikasi web e-Anggota untuk semua koperasi mengemaskini maklumat keahlian ANGKASA, ahli lembaga koperasi, senarai anggota serta maklumat perniagaan untuk perancangan pembangunan sektor ekonomi.

5) Mengurus aplikasi web TAWARUQ ANGKASA bagi kegunaan koperasi kredit yang memberi pembiayaan secara tawarruq. Projek melibatkan integrasi dengan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dan As-Sidq Sedania yang menguruskan pembelian komoditi airtime secara pukal dan patuh syariah.

6) Mengurus pusat data komputer ANGKASA dengan kelengkapan yang mengikut piawai antarabangsa (Uptime Institute Certified Tier-3) bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan serta menangani risiko keselamatan ICT. Ini merupakan sebahagain dari pelan strategi ANGKASA untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berinovasi kepada komuniti koperasi.

7) Menyediakan aplikasi untuk anggota koperasi membuat bayaran melalui sistem perbankan online ”JOMPAY” yang membolehkan ANGKASA mengurus bayaran bagi tujuan menjelaskan tunggakkan pinjaman koperasi.

8) Melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi menjamin keselamtan data peribadi anggota koperasi yang di proses melalui Sistem Potomgan Gaji ANGKASA (SPGA).

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN 

HAJI NOORASHIDI NAZARI
Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat merangkap
Setiausaha Kerja Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi

Wisma Ungku A. Aziz, 
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 
46798 Petaling Jaya, Selangor 
Telefon: +603 - 7800 7889 / 8172 E-mel: noorashidi.angkasa@gmail.com