Bahagian Kepimpinan Modal Insan & Pembangunan Keusahawanan (BKMIPK)

VISI

Peneraju pembangunan koperasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan serta  pembangunan modal insan dan kepimpinan terunggul menjelang 2030.

MISI

Menyediakan perkhidmatan serta program berimpak tinggi serta merangsang penglibatan koperasi dalam pembangunan dan pemasaran produk disamping memberi latihan pendidikan modal insan dan kepimpinan melalui pengurusan yang professional.

PERANAN & FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Kepimpinan Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan (BKMIPK) di beri tanggungjawab membangunkan koperasi melalui dua seksyen iaitu:

1. Seksyen Kepimpinan Modal Insan

2. Seksyen Pembangunan Dan Pemasaran Produk Koperasi

Seksyen Kepimpinan Modal Insan telah diamanahkan membantu koperasi dalam menyediakan latihan pendidikan modal insan dan kepimpinan yang berkualiti dalam mentadbir urus koperasi melalui program dan aktiviti yang dijalankan.

Manakala Seksyen Pembangunan Dan Pemasaran Produk Koperasi pula diberi tanggungjawab untuk membantu koperasi ke arah kecemerlangan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan koperasi ahli ANGKASA khususnya dalam menjana pendapatan melalui aktiviti dan projek. 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK AHMAD MARZUKI ISMAIL
Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan

No. 211, Tingkat 1, Blok C, Glomac Business Centre 
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
47810 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6666 (Pejabat Pengurus Besar) / +603 - 7884 6777 E-mel: marzuki.angkasa@gmail.com


1. SEKSYEN KEPIMPINAN MODAL INSAN

PENGENALAN

Seksyen Kepimpinan Modal Insan (SKMI)  adalah salah satu seksyen  dari Bahagian Kepimpinan Modal Insan  Dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA.    Seksyen Kepimpinan Modal Insan   bertanggungjawab melaksanakan program pendidikan koperasi kepada  semua koperasi sekolah dan koperasi dewasa di Malaysia yang menjadi ahli ANGKASA. 

Seksyen ini  terbahagi kepada 2 unit iaitu Unit Kepimpinan yang mengendalikan Program Konvensyen, seminar  dan  bengkel  untuk warga koperasi manakala Unit Modal Insan mengendalikan kursus Asas koperasi seperti Jati Diri dan Tadbir Urus Koperasi, Mesyuarat Agong Koperasi, Memahami Penyata Kewangan Koperasi dan ‘Business Model Canvas’ (BMC).

VISI      : Menjadi Bahagian Yang Melestarikan Pendidikan Koperasi Dan Mencapai Pembangunan  

               Modal Insan Dan Kepimpinan Koperasi Terunggul Menjelang 2030.

MISI     : Menyediakan Latihan Pendidikan Modal Insan Dan Kepimpinan Yang Berkualiti Dalam    

               Memenuhi Keperluan Ahli Sejajar Dengan Dasar Serta Aspirasi ANGKASA.

MOTTO

“ PENDIDIKAN MEMBENTUK INSAN CEMERLANG” 

TERMA RUJUKAN (TOR)

BIL

TERMA RUJUKAN / BIDANG KUASA / AKTIVITI

TOR 1

Merancang serta menjalankan program kepimpinan dan modal insan khususnya dalam aspek jatidiri, prinsip, nilai dan falsafah koperasi serta menghasilkan penerbitan yang bersesuaian dengan aspirasi dan matlamat koperasi.

TOR 2

Merancang program – program yang menekankan pengamalan ilmu koperasi secara ‘hand on’.

TOR 3

Membimbing koperasi melaksana program-program yang selari dengan keperluan perundangan koperasi.

TOR 4

Merancang serta menjalankan seminar, konvensyen atau apa-apa program yang bersesuaian dalam memacu kepada pencapaian matlamat meningkatkan kepimpinan profesional serta telus dalam tadbir urus kepada koperasi.

TOR 5

Merancang serta menjalankan program kepimpinan dan modal insan kepada ahli koperasi ANGKASA secara ‘hands on’ dalam bidang yang berkaitan dan bersesuaian selari dengan matlamat dan aspirasi ANGKASA.

TOR 6

Membantu melestarikan gerakan koperasi di Malaysia

1. UNIT MODAL INSAN

Program-program yang ditawarkan di bawah Unit Modal Insan adalah seperti berikut:

1.1 KURSUS MODAL INSAN

Objektif Kursus Modal Insan adalah seperti berikut:

1.1.1 Memberi pendidikan asas mengenai koperasi.

1.1.2 Menyalurkan maklumat terkini tentang pembangunan gerakan koperasi.

1.1.3 Memperkasakan penglibatan anggota di dalam koperasi melalui peranan dan tanggungjawab anggota.

Berikut adalah kursus-kursus yang ditawarkan kepada  semua koperasi termasuk koperasi sekolah dan koperasi dewasa bagi tahun 2021.

a) KMI 1: Jatidiri Koperasi

b) KMI 2: Tadbir Urus Koperasi

c) KMI 3: Hak dan Tanggungjawab Anggota

d) KMI 4: Mesyuarat  Koperasi

e) KMI 5: Memahami Penyata Kewangan Koperasi

f) KMI 6: Asas Perundangan Koperasi

g) KMI 7: Kursus Business Model  Canvas (BMC)

2.1 BENGKEL BUSINESS MODEL CANVAS (BBMC)

Antara objektif penganjuran Bengkel Business Model Canvas (BBMC) ini adalah seperti berikut:

2.1.1 Membantu ALK untuk merancang perniagaan koperasi yang lebih berkesan, sistematik dan berstrategik

2.1.2 Membantu ALK untuk membuat pemantauan dan pelaporan perniagaan koperasi

2.1.3 Memberi pendedahan kepada koperasi untuk menjalankan perniagaan secara norma baharu (New Norm) dalam menangani isu pendemik covid 19.

Bengkel Business Model Canvas (BMC) ini  di laksanakan secara fizikal atau one to one dengan koperasi dengan melibatkan Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Kakitangan Pengurusan Koperasi. 

 3.1 PROGRAM COOP CARE

 Antara objektif program Coop Care ini ialah

3.1.1 Menyemai konsep prihatin terhadap masyarakat di kalangan warga koperasi agar lebih bertanggungjawab.

3.1.2 Mendidik warga koperasi agar melibatkan diri di dalam aktiviti komuniti yang boleh memberi manfaat kepada koperasi.

3.1.3 Memberi peluang kepada koperasi untuk menabur bakti kepada komuniti.

3.1.4 Melahirkan koperator yang mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui program secara ’hands on’ – penglibatan secara langsung

2. UNIT KEPIMPINAN

Program-program di bawah Unit Kepimpinan adalah seperti berikut:

2.1 SEMINAR PEMBANGUNAN KOPERASI

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak membenarkan penganjuran seminar secara bersemuka.  ANGKASA mengambil pendekatan Norma Baharu untuk melaksanakan Seminar Pembangunan Koperasi secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting.

Antara objektif Seminar Pembangunan Koperasi ini ialah:

2.1.1 Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi.

2.1.2 Membudayakan amalan tadbir urus koperasi berdasarkan Jatidiri, prinsip dan falsafah koperasi.

2.1.3 Mewujudkan jaringan pembangunan sektor koperasi yang mantap

2.2 FB TALK

Objektif program FB Talk:

2.2.1 Ruangan membicarakan isu-isu semasa terkini yang berkaitan dengan pengukuhan gerakan koperasi

 2.3 KURSUS KEPIMPINAN

Kursus-kursus kepimpinan yang diwujudkan ini adalah merupakan program kerjasama strategik di antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kursus-kursus kepimpinan ini akan di jalankan secara e-learning basis dengan menggunakan applikasi zoom meeting.

Objektif Kursus kepimpinan :

2.3.1 Melahirkan koperator yang mempunyai sifat, kebolehan bertanggungjawab sebagai pemimpin

2.3.2 Menyediakan pemimpin yang berilmu, berstrategik dan berintergriti

2.3.3 Menjana pemimpin yang sentiasa bersemangat, bermotivasi bagi menjayakan koperasi

2.4 KURSUS KEUSAHAWANAN

Kursus-kursus keusahawan yang diwujudkan ini adalah merupakan program kerjasama strategik di antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

        Objektif Kursus Keusahawanan adalah untuk:

2.4.1 Memberi pendedahan untuk koperasi terlibat dalam perniagaan berpotensi.

2.4.2 Menerapkan nilai etika keusahawanan yang progresif serta positif.

2.4.3 Memberi pengetahuan keusahawanan moden sesuai dengan norma baru dalam perniagaan masa kini.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

CIK NORIHAN MAHAFAR
Pengurus
Seksyen Kepimpinan Modal Insan
Telefon: +603 - 7884 6664 

ENCIK MOHD HISHAMIZAN YAHYA
Penolong Pengurus
Seksyen Kepimpinan Modal Insan
Telefon: +603 - 7884 6625

PUAN IZATULNIZAH ZAINAL ABIDIN
Pegawai merangkap Pemangku Penolong Pengurus
Seksyen Kepimpinan Modal Insan

Alamat Ibu Pejabat:

No. 211, Tingkat 1, Blok C
Glomac Business Centre
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Faks: +603 - 7803 2074
E-mel: unitmodalinsan2018@gmail.com atau unitkepimpinan@gmail.com

Pejabat ANGKASA Sabah:

Lot 13, Lorong Grace Square 1
Jalan Pantai Sembulan
88100 Kota Kinabalu
Sabah
Telefon: +608 - 8258190
Faks: +608 - 8250266

Pejabat ANGKASA Sarawak:

Aras Bawah, Lot 433, Seksyen 65
KTLD Jalan Matang
93050 Kuching
Sarawak
Telefon: +608 - 2536071
Faks: +608 - 8250266


2. SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PEMASARAN PRODUK KOPERASI

1. PENGENALAN

Membangun dan memperkasa produk-produk koperasi adalah usaha berterusan yang berkait secara langsung dengan keusahawanan dan perniagaan koperasi. Gerakan koperasi negara semakin dilimpahi koperasi-koperasi berasaskan keusahawanan yang sentiasa mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui perusahaan produk-produk berdaya maju. Koperasi-koperasi seperti ini mengambil inisiatif dengan memanfaatkan platform gerakan koperasi yang menghidangkan 6 juta saiz pasaran melalui pelbagai segmen. Walaubagaimanapun, bilangan yang berjaya kurang memberikan kesan yang besar pada KDNK kerana saiz perniagaan yang berskala kecil dan hanya tertumpu pada pasaran tempatan.

Kesediaan produk-produk untuk pasaran skala besar seperti eksport dan hypermarket perlu diberi perhatian yang teliti agar kelestarian penempatan produk-produk koperasi dalam pasaran dapat dikukuhkan. ANGKASA sebagai badan apex sentiasa berusaha memastikan kelestarian tersebut melalui perancangan strategik yang baik. Hingga kini ANGKASA telah membangunkan 62 sku produk 100 Champion dan 66 sku produk pra 100Champion. Perancangan dan perlaksanaan program-program harus seiring dengan kehendak atau keperluan keusahawanan dan perniagaan koperasi agar dapat memberi impak terutama dalam KDNK. 

2. VISI DAN MISI

Bagi membentuk perancangan strategik bahagian ini, penetapan visi dan misi adalah penting.

Visi

Meneraju pembangunan dan pemasaran produk koperasi di dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Misi

i) Mengenalpasti dan membangunkan produk-produk koperasi mengikut piawai kelayakan pasaran yang disasarkan.

ii) Mempromosi produk dan perkhidmatan koperasi ke dalam pasaran sasaran.

iii) Mewujudkan penempatan pasaran produk-produk koperasi ke pasaran terbuka.

3. OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Objektif

i) Memastikan produk-produk koperasi dibangunkan dari sudut pembungkusan dan perlabelan hingga mencapai tahap keperluan pasaran dalam dan luar negara.

ii) Menggalakkan koperasi pengeluar produk untuk mengekalkan atau menambahbaik kualiti produk untuk kesediaan pasaran.

iii) Memastikan produk-produk koperasi dapat dibangunkan dari sudut kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran yang disasarkan.

iv) Merangsang perniagaan koperasi dan anggota koperasi dari sudut perkhidmatan logistik produk-produk koperasi.

Matlamat

i) Bilangan koperasi yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dapat

ii) Bilangan produk koperasi yang dipromosi dan ditempatkan dalam pasaran dapat ditingkatkan.

iii) Koperasi dapat meningkatkan pendapatan sosioekonomi sekaligus menyumbang kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

4. TERMA RUJUKAN

Terma rujukan Seksyen Pembangunan Dan Pemasaran Produk Koperasi dibahagi kepada 3 iaitu:-

TOR 1

PEMBANGUNAN PRODUK KOPERASI

1. Mengenalpasti koperasi-koperasi yang mengeluarkan dan mengedarkan produk untuk disenarai tapis, direkod dan dicerakin.

2. Mengenalpasti serta mencadangkan produk-produk yang menepati syarat untuk ke program pembangunan produk.

3. Memantau perlaksanaan pembangunan produk koperasi bagi tujuan penambahbaikkan.

TOR 2

PUSAT PENGUMPULAN PRODUK KOPERASI (CPRC)

1. Pusat pengumpulan produk-produk koperasi untuk tujuan promosi dan pemasaran.

2. Pusat inkubator kepada produk-produk keluaran dan edaran koperasi.

3. Menjadi Pusat Rujukan produk keluaran koperasi.

4. Merekod semua produk-produk koperasi dalam daftar produk

TOR 3

PROMOSI DAN PEMASARAN

1. Mengenalpasti serta merancang program-program pemasaran bagi produk koperasi yang terpilih.

2. Mengenalpasti rakan-rakan strategik bagi tujuan promosi dan pemasaran.

3. Mengenalpasti segmen pasaran yang bersesuaian untuk produk-produk koperasi yang terpilih di dalam dan luar negara.

4. Mengenalpasti penempatan produk dalam pasaran dalam dan luar negara.

5. Merekod impak pemasaran yang dijalankan di bawah program-program yang telah dilaksanakan.

5. STRUKTUR DAN PERANAN

Seksyen Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi

Unit Pembangunan Produk

Unit Promosi & Pemasaran

A. Pembangunan Produk

A. Pemasaran Dalam Negara

B. Pusat Sumber Produk Koperasi (CPRC)

B. Projek Go Global                  

5.1 Unit Pembangunan Produk

5.1.1  Pembangunan Produk

Peranan tertumpu kepada produk-produk koperasi yang telah dibangunkan dibawah Program Pembangunan Produk 100 Champion dan produk-produk yang mempunyai kriteria pasaran eksport dan seluruh negara. Keupayaan koperasi pengeluar dinilai semula dari sudut :

5.1.1.1 Kapasiti

Saiz pengeluaran produk yang dapat memenuhi permintaan pasaran terpilih. ‘Top 10’ produk koperasi telah disenaraipendek bagi tujuan pasaran utama eksport. Selain itu, produk-produk sedia pasaran akan dikenalpasti untuk tujuan sama.

5.1.1.2 Pemasaran

Kemampuan mengenalpasti segmen pasaran dan lingkungan saiz pasaran lepas dan semasa yang telah dikuasai. Kesediaan koperasi untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

5.1.1.3 Tadbir Urus

Pengukuran dari segi pengurusan koperasi berfokus kepada perusahaan dan perniagaan koperasi diberi perhatian agar koperasi dapat memberi jaminan pembekalan dalam pemasaran untuk jangka masa panjang sekaligus dapat memantau peningkatan sosiekonomi koperasi.

Program-program pembangunan dirancang mengikut peruntukan kewangan semasa yang melibatkan :

a) Pengumpulan produk-produk baru dari pelbagai kategori dan mengikut kriteria pemilihan.

b) Program pensijilan HALAL untuk produk koperasi yang mempunyai potensi pasaran.

Program pensijilan HALAL bertujuan membantu produk koperasi terpilih daripada Program Pra 100 Product Champion yang belum mempunyai sijil halal. Program ini akan dijalankan bersama ARC (Angkasa Research & Certification). Kriteria dan syarat pemilihan produk adalah seperti berikut:

c) Produk koperasi (dikeluarkan atau diedarkan oleh koperasi).

d) Mempunyai pensijilan MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

e) Jangka hayat produk sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan.

f) Mempunyai potensi permintaan pasaran (penilaian pasaran).

g) Mempunyai kapasiti pembekalan.

h) Koperasi mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja beragama Islam.

i) Koperasi mendapat persetujuan mesyuarat ALK atau Mesyuarat Agung.

j) Koperasi menandatangani akujanji memenuhi komitmen koperasi untuk menyediakan setiap syarat keperluan dalam proses pensijilan halal.

5.1.2  Pusat Sumber Produk Koperasi (PSPK/CPRC)

5.1.2.1 Mewujudkan pusat rujukan yang memainkan peranan Inkubator kepada produk-produk  koperasi. Peranan CPRC adalah seperti berikut:

a) Mengumpul produk dan menyedia serta menyimpan pengkalan data produk-produk koperasi untuk dijadikan bahan rujukan pembangunan produk dan pasaran produk. Pemusatan pengkalan data produk (kerjasama SKM).

b) Mewujudkan ruang pameran produk-produk koperasi dalam dan luar negara : Asean Product Centre.

c) Menyediakan aktiviti networkingseperti product pitching, pemadanan perniagaan dan showcase : wujudkan segmen pasaran produk. 

d) Pusat kajian pasaran : data pasaran produk mengikut segmen dan kriteria tertentu :  Segmen pasaran dalam dan luar negara (kerjasama MATRADE).

e) Sumber rujukan perkhidmatan : Latihan, pentadbiran koperasi dan pembiayaan (kerjasama agensi berkaitan). 

f) Memberi sokongan untuk pembangunan produk-produk koperasi demi meningkatkan kelangsungan pasaran produk serta koperasi.

5.1.2.2 Merealisasikan kerjasama langsung dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia dalam usaha mengumpul, membangun dan memperkasakan produk-produk koperasi dan koperasi-koperasi keusahawanan.

5.2 Unit Promosi dan Pemasaran

Mempromosi produk-produk koperasi terpilih melalui acara-acara dalam dan luar negara serta mengenalpasti segmen pasaran yang bersesuaian untuk tujuan penempatan produk. Fokus program tertumpu kepada:

5.2.1.  Pasaran dalam negara

Tumpuan pemasaran dan penempatan  produk-produk yang dibangun dan diperkasakan adalah seperti berikut :

a) Projek BA100.

b) Pasaraya-pasaraya besar.

c) Pusat-pusat pengedaran koperasi di bawah SKM (7 buah Pusat Pengedaran koperasi)

Program-program promosi dirancang perlaksanaannya melalui acara-acara pameran peringkat kebangsaan, aktiviti pameran dalam gerakan koperasi dan memperkenalkan Malaysian Coop Plate : State Edition iaitu acara yang menghidangkan pelbagai jenis produk makanan dan minuman dari gerakan koperasi Malaysia. Ianya merupakan satu platform mengenalpasti produk-Produk Koperasi dipersembahkan dari aspek pembungkusan dan perlabelan yang mana pelanggan mengalami melalui penglihatan dan sentuhan iaitu menikmati aroma dan rasa produk-produk yang dihidangkan. Objektifnya adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan produk koperasi untuk ditawarkan kepada pelanggan sasaran. Konsep MCP juga dilaksana dalam Projek Go Global.

LOGO MALAYSIAN COOP PLATE

5.2.2.  Projek Go Global

Perancangan  Program Go Global mengetengahkan aktiviti Malaysian Coop Plate. Antara objektif program ini adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan Malaysia serta produk halal kepada pasaran sasaran. Angkasa mempunyai peranan penting dalam memastikan produk-produk koperasi  dapat diperkenalkan ke seluruh dunia melalui pelbagai platform. Fokus pasaran adalah 4 buah negara ASEAN iaitu Thailand, Brunei, Singapura dan Vietnam. Proses perlaksanaan adalah seperti berikut :

Sebelum Program

i. Perbincangan dengan rakan strategik di negara yang terlibat.

ii. Mengenalpasti pasaran termasuk pemilihan produk.

iii. Komunikasi dengan MATRADE: ‘liason & coodination’ terutama dengan buyer

iv. Usaha mendapatkan ‘local/international buyer’.

v. Pengurusan produk untuk keperluan ‘freight forwarding’

vi. Menguruskan pendaftaran produk jika mendapat pilihan ‘buyer’.

vii. Pengurusan kastam dan eksais

viii. Pengurusan acara termasuk persediaan peserta dan penyedia acara.

ix. Lain-lain yang dirasakan perlu untuk kemasukan produk ke negara luar.

Semasa Program

i. Pameran

ii. ‘Networking Session’

iii. Demonstrasi Produk dan Uji Rasa

iv. Pemadanan Perniagaan

v. MoA (jika ada)

Selepas Program

 

i. Tindakan susulan atas MoA (jika berlaku urusniaga semasa program)

ii. Pengurusan produk untuk keperluan ‘buyer’.

iii. Logistik : penghantaran

6. KESIMPULAN

Koperasi-koperasi pengeluar produk atau koperasi keusahawanan  merupakan penyumbang yang melengkapi rantaian pembekalan produk-produk koperasi ke seluruh negara mahupun luar negara. Adalah menjadi peranan utama bagi koperasi-koperasi seperti ini untuk mengusahakan pengeluaran produk berkualiti, selamat dan halal untuk pasaran koperasi dan terbuka. ANGKASA mempunyai peranan malah tanggungjawab yang besar selaku badan apex gerakan koperasi negara untuk mengemudi keusahawanan koperasi selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara. Program pembangunan ini dilaksanakan secara berterusan yang mana melibatkan kumpulan koperasi yang baru menyertai dan juga yang telah dan sedang melalui proses dalam program pembangunan. Ini amat penting kerana setiap koperasi yang dibangunkan ini adalah juga pembekal bekalan dan perkhidmatan dalam Projek Pembekalan Barangan Asas dan Produk Koperasi yang sedang dilaksanakan (skala kecil) dan yang dalam perancangan (skala besar). Tujuannya tidak lain, adalah untuk memajukan aktiviti ekonomi koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan serta mencapai matlamat mengurangkan kos sara hidup masyarakat terutamanya dalam gerakan koperasi.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Puan Norlaili Mohamed Yatin 
Pengurus
Seksyen Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi 
Telefon: +603 - 7884 6669

Puan Nurmurni Wahab
Penolong Pengurus
Seksyen Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi 
Telefon: +603 - 7884 6681

Encik Mohd Yusoff Abd Rahman
Penolong Pengurus
Seksyen Pembangunan dan Pemasaran Produk Koperasi 
Telefon: +603 - 7884 6620

Alamat Ibu Pejabat:
No. 211, Tingkat 1, Blok CPengurus
Glomac Business CentreSeksyen Pembangunan dan Pemasaran Produk KoperasiJalan SS 6/1, Kelana Jaya 
Jalan SS 6/1, Kelana JayaTelefon: +603 - 7884 666947301 Petaling Jaya, Selangor
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Faks: +603 - 7803 2074 E-mel: b3pk.angkasa@gmail.com