Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.
Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.
SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa. Pengguna SPGA perlu ada perkakasan “MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.
Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR” menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah. Maklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).
Kiosk SPGA
Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013. Melalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.
Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari. Perkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia. Berikut adalah lokasi kiosk SPGA di seluruh negara:-
Bil. | Lokasi | Bil. | Lokasi |
1. |
ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor |
13. |
Bank Rakyat Cawangan Indera Mahkota, No B 56 & B 58, Persiaran Sultan Abu Bakar, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan Pahang. |
2. |
Kompleks Kementerian Kewangan, Aras 2, Presint 2, 62590 Putrajaya. |
14. |
Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga, No 9 & 10, Block 16, KCLD, Jalan Tun Jugah, 93350, Kuching, Sarawak. |
3. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah, No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota, 05000 Alor Star, Kedah. |
15. |
Bank Rakyat Cawangan Kota Kinabalu, Lot 20 & 21 Blok B, Harbour City, Jalan Pantai Baru, Sembulan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. |
4. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johor Baru, Johor. |
16. |
Bangunan Persekutuan Perlis Tingkat Bawah, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis |
5. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan, Lot 321, Seksyen 12, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Kelantan. |
17. |
Wisma Persekutuan Mua’dzam Shah Negeri Kedah Anak Bukit, 06550 Alor Setar, Kedah |
6. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perak, No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2, Medan Meru Bestari (Zon 5), Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak. |
18. |
Bangunan Persekutuan Pulau Pinang Aras 3, Jalan Anson 10400 Pulau Pinang |
7. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, No.21, Tingkat 1, Jalan PPP2, Pusat Perdagangan Paroi, Off Jalan Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. |
19. |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40500 Shah Alam, Selangor. |
8. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, No. 48-1, Jalan KF 4, Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh, Melaka. |
20. |
Hospital Melaka Jalan Mufti Haji Khalil 75400 Melaka |
9. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1, B-268, Tingkat 1, Jalan Darat Makbar, 25000 Kuantan, Pahang. |
21. |
Bangunan Gunasama Persekutuan Batu Pahat Jalan Bakau Condong 83000 Batu Pahat, Johor ** Dalam proses pemindahan ke Pejabat Perhubungan ANGKASA Johor (Muar) |
10. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu, Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1, (Blok C) Dataran Emas, Jalan Sultan Sulaiman, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. |
22. |
Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan |
11. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah, Lot 13, Lorong Grace Square 1, Jalan Pantai Sembulan, 88582 Kota Kinabalu, Sabah. |
23. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis, No 17 & 18, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah, Kangar, Perlis. |
12. |
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak, Aras Bawah, Lot 433 S.L2 Seksyen 65, KTLD 93050 Jalan Matang Kuching Sarawak |
24. |
Bank Persatuan, 41,43 & 45, Wisma Bank Persatuan, Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth, Pulau Pinang. |
Muat turun senarai lokasi kiosk SPGA di sini