PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ANJURAN ANGKASA

ANGKASA melalui Unit Wanita menawarkan pakej kursus yang lengkap kepada koperasi dan anggota koperasi ahli ANGKASA yang berminat di dalam bidang pengasuhan dan penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

ANGKASA menawarkan:

KURSUS DAN LATIHAN

  1. Kursus Asuhan PERMATA
  2. Kursus Pengurusan dan Pengendalian TASKA
  3. Bengkel Kemahiran Pengasuh TASKA
  4. Kursus Untuk Pengusaha TASKA Di Rumah

PERKHIDMATAN DAN PERUNDINGAN
Bimbingan Pengasuhan dan Penubuhan TASKA

PENYERTAAN

  1. Koperasi Ahli ANGKASA
  2. Anggota koperasi ahli ANGKASA

 
1.KURSUS ASUHAN PERMATA
ANGKASA telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) untuk mengedalikan Kursus Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Sepenuhnya mulai November 2008. Namun pihak JKMM telah menamatkan KAAK bermula Januari 2013 dan telah digantikan dengan Kursus Asuhan PERMATA. Kursus ini adalah kursus WAJIB yang perlu dihadiri oleh semua yang terlibat di dalam pengasuhan kanak-kanak dan pengendalian TASKA.

Objektif Kursus

  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta-peserta dalam pengasuhan kanak-kanak dan pengendalian di sesebuah TASKA seperti di peruntukan dalam Akta TASKA 1984 pindaan 2007.
  2. Memberi panduan dan galakan kepada koperator wanita dan koperasi menubuhkan TASKA Cahaya Mata (TCM)
  3. Melahirkan bakal-bakal pengusaha / pengasuh yang bersijil dan diiktiraf
  4. Mempelbagaikan perkhidmatan kepada anggota-anggota koperasi

Kandungan Kursus
Kursus adalah berpandukan modul yang telah disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Cara Penyampaian Kursus

  1. Ceramah
  2. Main Peranan (role play)
  3. Perbincangan Dalam Kumpulan
  4. Ujian Amali
  5. Ujian Bertulis

Sijil akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) setelah pihak peserta lulus di dalam ujian bertulis yang dianjur dan diselia oleh pihak JKMM.


2. KURSUS PEGURUSAN DAN PENGENDALIAN TASKA 
Kursus ini ditawarkan kepada Pengusaha, Pengurus dan Penyelia TASKA yang ingin meningkatkan kemahiran di dalam bidang pentadbiran, pengurusan kakitangan, mengurus rekod dan kewangan, pemasaran dan merancang aktiviti.

Objektif Kursus
Meningkatkan kemahiran kepada peserta mengenai hal-hal pentadbiran dan pengurusan TASKA secara berperingkat.

Antara Kandungan Kursus

  1. Pengenalan Kepada Pengurusan, Perlesenan dan AKTA TASKA 1894
  2. Falsafah Program dan Pemasaran
  3. Polisi dan Prosedur
  4. Pengurusan Kakitangan
  5. Pengurusan Rekod Kanak-kanak
  6. Pengurusan Rekod-Rekod Pentadbiran
  7. Pengurusan Kewangan dan Rekod-Rekod Perbelanjaan
  8. Program Penglibatan Ibu Bapa
  9. Penyediaan Buku Panduan TASKA untuk ibubapa
  10. Pengurusan hal-hal kewangan TASKA

 Cara Penyampaian Kursus

  1. Ceramah
  2. Perbincangan dalam kumpulan

 
3.BENGKEL KEMAHIRAN PENGASUH
Bengkel ini ditawarkan kepada pengasuh TASKA dan pengasuh-pengasuh yang berkhidmat di TASKA koperasi dan TASKA koperator. Bengkel yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini ada untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran Pengusaha dan Pengasuh TASKA dalam mengendalikan aktiviti kanak-kanak asuhan.

Objektif Kursus
Meningkatkan kreativiti dan kemahiran pengasuh dalam melaksanakanaktiviti bersama kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 4 tahun di TASKA.

Cara Penyampaian Kursus

  1. Ceramah
  2. Perbincangan dalam kumpulan
  3. Praktikal

Penyertaan
Kepada peserta yang terdiri dari Pengusaha TASKA dan pengasuh yang sedang berkhidmat di TASKA yang telah ditubuhkan oleh koperasi / koperator wanita.


4.KURSUS ASUHAN PERMATA TASKA RUMAH

Kursus selama 5 Hari ini ditawarkan kepada koperator-koperator wanita ahli ANGKASA yang sedang mengusahakan TASKA di Rumah dan koperator wanita yang berminat menjalankan pengasuhan kanak-kanak di rumah. Ia memberi pendedahan asas tentang garis panduan yang ditetapkan oleh JKMM dan perlaksanaan pengasuhan berkualiti TASKA di Rumah.

Objektif Kursus

  1. Meningkatkan pengetahuan koperator wanita yang sedang mengusahakan TASKA di rumah
  2. Memberi panduan dan pendedahan kepada koperator wanita yang berminat untuk TASKA di Rumah
  3. Melahirkan pengusaha / bakal pengusaha yang berkualiti

 Kandungan Kursus

  1. Pengenalan Bidang Pengasuhan Kanak-Kanak di Malaysia
  2. Perkembangan Menyeluruh Kanak-Kanak dari usia 2 bulan hingga 4 tahun
  3. Merancang Persekitaran di dalam dan di luar TASKA Rumah serta kegiatan kanak-kanak
  4. Penyediaan Makanan Seimbang
  5. Pentadbiran dan Kewangan TASKA di Rumah
  6. Merancang Jadual Aktiviti TASKA di Rumah

 Cara Penyampaian Kursus

  1. Ceramah
  2. Perbincangan Dalam Kumpulan


Penyertaan

Ditawarkan kepada anggota koperasi ahli-ahli ANGKASA yang berminat dan memenuhi syarat serta mendapat pengesahan koperasi.

Yuran Penyertaan
Yuran kursus minima akan dikenakan dan tertakluk kepada kelulusan Pihak Pengurusan ANGKASA yang akan dimaklumkan kepada peserta.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
Unit Wanita & Keluarga

Bahagian Pembangunan Komuniti, Kesihatan dan Pelancongan ANGKASA 
Tel : +603 - 7800 8127 / +603 - 7884 6415 / +603 - 7884 6527
Faks : +603 - 7884 6423 / +603 - 7806 1506