Sektor Pemborongan dan Peruncitan

by Super User
in Updates
Hits: 3170

Visi Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA adalah menjadi "Pemangkin Pembangunan Koperasi Dalam Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Yang Profesional Melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan Menjelang Tahun 2021".

MISI

Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan melalui pengurusan yang profesional.

OBJEKTIF

1. Membangun dan meningkatkan kualiti produk-produk koperasi agar setaraf dengan kehendak pasaran.

2. Memperkenalkan dan menempatkan produk dan perkhidmatan koperasi di pasaran dalam dan di luar negara.

3. Mewujudkan rantaian pembekalan produk-produk koperasi dan keperluan asas dalam Gerakan Koperasi bermula dari pembekal hingga ke pengguna.

4. Merangsang perniagaan dan keusahawanan koperasi melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan.

AKTIVITI SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN

1. Pembangunan Produk Koperasi

      - Mengenalpasti koperasi-koperasi yang mengeluarkan dan mengedarkan produk untuk disenarai dan dipilih bagi program pembangunan.

      - Mengemaskini data produk dan mengkategorikan produk-produk mengikut kluster dan tahap pengeluaran sebelum dipilih menyertai program pembangunan.

      - Memantau prestasi pemasaran dan jualan produk-produk koperasi yang menyertai program secara bulanan dan tahunan.

      - Menilai prestasi dan perkembangan koperasi-koperasi peserta program pembangunan bagi tujuan penambahbaikan dan pemerkasaan.

2. Promosi dan pemasaran

      - Merancang dan melaksanakan program pemasaran produk-produk koperasi di dalam dan luar negara.

      - Mengenalpasti segmen pasaran bagi tujuan penempatan produk-produk koperasi.

      - Membantu koperasi-koperasi mempromosi produk dan perkhidmatan mereka melalui program-program yang terancang.

      - Membentuk kerjasama dengan rakan-rakan strategik berkaitan untuk tujuan penempatan produk-produk koperasi.

      - Menilai prestasi program-program yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan.

3. Pemborongan dan peruncitan

      3.1 Pembangunan pengedaran produk koperasi

      - Merancang dan melaksanakan program selaras dengan projek-projek pengedaran barang-barang asas dan produk koperasi.

      - Mengenalpasti kemudahan logistik dan penyimpanan yang sesuai dan efektif dalam projek pengedaran yang dibangunkan untuk Gerakan Koperasi.

      - Memantau perkembangan aktiviti pemborongan dan pengedaran koperasi-koperasi pengedaran di bawah program yang dirancang.

      - Menilai prestasi aktiviti koperasi dan pembangunan projek yang telah dirancang dan dilaksanakan.

     3.2 Pembangunan peruncitan koperasi

      - Mengenalpasti dan mengumpul data koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan bagi tujuan pembangunan projek peruncitan.

      - Merancang dan melaksanakan program melalui projek peruncitan bagi membentuk rantaian peruncitan dalam Gerakan Koperasi.

      - Membentuk segmen pasaran dan penempatan produk-produk koperasi yang berpotensi.

      - Memantau perkembangan aktiviti peruncitan koperasi melalui jualan bulanan dan tahunan.

      - Menilai prestasi program peruncitan bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan.

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan
Ibu pejabat:- 
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Pejabat bahagian:-
No.110, Block C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6666 Faks: +603 - 7884 6681

 

DIREKTORI SEKTOR PEMBORONGAN & PERUNCITAN

Klik Untuk Muat Turun

Leave your comments

Comments

  • Guest (Nancy Phillips)

    The works by Mr. Lewis have always attracted me with their topicality, and his civic stand is the reason why I became a specialist in ecology. I am glad that his ideas will be used to change the situation of environment protection in our world.

    0 Short URL:
  • Guest (Russell Hughes)

    I do not support Jerry C. Lewis in everything he does, but his latest ideas and initiatives are really worthy ones. I hope they can be implemented in the world's governmental acts without any difficulties. The issue of climate regulation and environmental protection is now the most critical one.

    0 Short URL: