8 SEKTOR
Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi
- by Super User
-
in Information
-
Hits: 3596
ANGKASA sebagai peneraju gerakan koperasi perlu memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan berinovasi bagi memaksimumkan produktiviti dan peningkatan nilai tambah dalam industri ekonomi yang diceburi. Penggunaan e-Dagang berpotensi untuk memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka. Pembudayaan teknologi hijau adalah sangat penting sebagai usaha untuk menyokong pemeliharaan alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Antara peranan ANGKASA sebagai peneraju pembangunan inovasi sektor koperasi ialah ;
- Menyediakan prasarana dan perkhidmatan IT terbaik kepada komuniti koperasi.
- Menyediakan kemudahan asas e-Dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi.
- Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat.
- Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.
Walaupun sektor inovasi dan teknologi tidak termasuk dalam bidang yang dinyatakan oleh SKM dalam Dasar Koperasi Negara, tetapi melalui penyataan “National e-Commerce Strategic Roadmap” yang di terajui oleh MDEC , ianya boleh memberi sedikit panduan bagaimana kelompok PKS dan koperasi harus tidak ketinggalan menceburi bidang perniagaan digital dan ke arah “Industry Revolution 4.0”. Maka Bahagian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Inovasi ANGKASA telah merangka beberapa program bagi meningkatkan kesedaran dan menyediakan platform IT yang mudah untuk koperator mula berniaga secara online.
ANGKASA telah merancang beberapa program untuk menarik minat lebih ramai anggota koperasi dan membawa impak kepada perniagaan digital.
1) Bengkel eUsahawan Koperasi (module MDEC)
Program e-Usahawan Koperasi melibatkan modul latihan pembangunan keusahawan peringkat nasional yang disediakan oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDeC) iaitu agensi pelaksana di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Seramai tiga (5) orang koperator telah diberi tauliah sebagai ”certified trainer” bagi melaksanakan program bagi sektor komuniti bersama dengan FELDA dan MARA. Hasil dari program pembangunan modal insan ini, lebih banyak koperator akan berkemahiran untuk meningkatkan perniagaan koperasi dengan menggunakan teknik pemasaran digital yang murah tetapi lebih efektif.
2) Bengkel e-Komuniti (portal myMAYA.Asia)
Portal komuniti koperasi MAYA2U telah melalui proses penambahbaikan dan penjanamaan semula imej sebagai ”myMAYA.Asia” dengan hasrat memperluaskan skop capaian kepada koperasi di seluruh rantau Asia. Selain menjadi platform untuk koperator berinteraksi sama seperti media social FaceBook, ia juga menyediakan intergrasi dengan portal e-Dagang atau ”marketplace” seperti HelloMall yang dikendalikan oleh koperasi. ANGKASA menyediakan laman web (default webpage) bagi semua koperasi ahli ANGKASA bagi menggalakkan anggota mereka untuk menggunakan platform ini dan berkongsi maklumat, demi manfaat bersama. Pengguna hanya perlu daftar secara PERCUMA.
3) Bengkel Perniagaan Onine (portal HelloMall.my)
Portal e-Dagang atau ”marketplace” ini dikendalikan oleh Koperasi Pos Nasional Bhd dan mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Alibaba atau Lazada tetapi antaramuka yang berbeza. Koperasi boleh berdaftar sebagai “seller” atau “merchant” dan akan belajar kaedah mengambil photo produk, membuat visual editing dan “upload” gambar produk serta info mengenai produk untuk dijual melalui online virtual store koperasi. Modul latihan praktikal selama masa 2 hari merangkumi proses kerja sebagai “seller” yang perlu memantau terimaan pesanan belian, penghantaran barangan kepada pelanggan, kemaskini maklumat stok inventori, status penghantaran dan sebagainya.
4) Bengkel Pengurusan Laman Web Perniagaan Koperasi (portal MyKoperasi.coop)
Memberi latihan pengurusan laman web koperasi dengan memanfaatkan kelebihan ’global reach’, penjimatan kos postage (dokumen boleh dimuat turun) dan perhubungan dengan anggota menjadi lebih efisien, meningkatkan peluang promosi produk & perkhidmatan koperasi kepada ahli dan masyarakat umum. Kursus ini menggunapakai platform Joomla berbeza dengan kursus yang dibuat oleh MKM guna platform Wordpress.
5) Bengkel Pengurusan Marketplace (portal eNiaga.coop)
Platform marketplace dibangunkan oleh Bhg Teknologi Maklumat ANGKASA untuk pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi melalui dunia digital. Branding untuk ”eNiaga.coop” telah trending dan listing di kedudukan no.2 dalam enjin carian popular Google.com dengan katakunci “eniaga” dan berkedudukan no.1 dengan carian “ASIA leading coop marketplace”.
Melatih warga koperasi dalam pengurusan sistem marketplace untuk memanfaatkan teknologi.
Mengetengahkan marketplace ANGKASA mesra penggunasebagai platform pemasaran produk koperasi di Malaysia dan rantau Asean. Merangsang koperasi untuk memanfaatkan platform online bagi mencipta pendapatan.
6) Bengkel Grafik Untuk Sokongan Operasi Perniagaan Koperasi
Memberi latihan pembangunan rekabentuk grafik kepada koperasi yang dapat membantu penjimatan kos untuk menyokong operasi perniagaan koperasi agar lebih efisien dari sudut pemasaran, promosi serta mencipta ketrampilan imej perniagaan koperasi yang lebih kukuh.
Impak Program.
Sepanjang tahun 2018 sebanyak 37 bengkel latihan secara praktikal yang menggunapakai teknologi internet yang dapat memberi manfaat kepada 1,812 koperator.
Modul |
Bilangan |
Penyertaan |
Bengkel eUsahawan Koperasi Nota: Jumlah jualan peserta yang dilapor melalui web portal MDEC ialah RM1,248,180 |
9 kali |
998 peserta |
Bengkel Perniagaan Online “HelloMall” Nota: Jumlah jualan melalui portal HelloMall ialah RM6,442.37 dan bil pelawat 17,787 (Jan – Nov 2018) |
8 kali |
185 peserta |
Bengkel e-Komuniti ”myMAYA.Asia” Nota: Default homepage untuk lebih 9,000 koperasi tersedia untuk digunakan oleh pengurusan koperasi |
8 kali |
185 peserta |
Bengkel Pengurusan Laman Web Perniagaan Koperasi Nota: Keseluruhan ada 268 web site koperasi dalam doman ”mykoperasi.coop” |
5 kali |
206 peserta |
Bengkel Pengurusan Marketplace eNiaga.Coop Nota: Keseluruhan ada 60 akaun sebagai vendor (seller). |
3 kali |
106 peserta |
Bengkel Grafik Untuk Sokongan Operasi Koperasi Nota: Meningkat kemahiran menghasilkan elemen grafik bagi produk atau perkhdimatan koperasi |
4 kali |
132 peserta |
Jawatankuasa Peneraju Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi
1) Tn Hj. Mohamad Azmi Omaruddin
Naib Presiden (selaku Pengerusi Mesyuarat JK)
2) Dato’ Hj. Che Mohd Shukree Che Isa DIMP
Naib Presiden (selaku Timbalan Pengerusi Mesyuarat JK)
3) Dato’ Mohd Alias Hamzah DIMP
Pengerusi, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
4) Tn Hj. Mohd Rosli Hj. Basri
Pengerusi, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak
5) Pn. Najmah Nawawi
Pengarah Kanan, Maktab Koperasi Malaysia (MKM)
6) En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pengarah Penyelidikan, MIMOS Berhad
7) Pn. Sumitra Nair
Naib Presiden, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC)
8) En. Ir Amir Farid Abdul Majid
Pengerusi, Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Izzudin Shah Ipoh Berhad
9) En. Hamizal Abdul Khalid
Ahli Lembaga, Koperasi Pos Nasional Berhad
10) En. Mohd Sofian Osman
Ketua Pegawai Teknologi Maklumat (selaku Setiusaha Kerja)
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
ENCIK MOHD SOFIAN OSMAN
Ketua Pegawai Teknologi Kerja ANGKASA
Setiausaha Kerja
Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7805 Faks: +603 - 7884 6464 E-mel: msofian@angkasa.coop
Comments
- No comments found
Leave your comments