Sektor Perladangan

by Super User
Hits: 1801

Visi Sektor Perladangan ANGKASA adalah menjadikan gerakan koperasi lebih berdaya maju dan memberi impak yang lebih besar menjelang 2020.

Misi Sektor Perladangan ANGKASA pula adalah memperkasakan koperasi perladangan dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil perladangan.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan produktiviti dan daya saing Sektor Perladangan koperasi menerusi projek pembangunan yang berskala ekonomik (economic of scale) dan bersifat kelestarian (sustainable development).

2. Meningkatkan sumbangan Sektor Perladangan koperasi di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

3. Menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah Sektor Perladangan koperasi menerusio pemilikan atau pembelian tanah, pemilikan saham syarikat, dan usahasama (joint venture).

4. Memastikan pembangunan Sektor Perladangan koperasi berkembang secara mampan, mesra alam dan berupaya mengurangkan kos sara hidup masyarakat.

STRATEGI

1. Pelaksanaan projek-projek perladangan secara berkelompok dengan menggabungkan koperasi.

2. ANGKASA bertindak selaku peneraju dan pemudahcara dalam melaksana projek.

3. Pelaksanaan projek secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta.

4. Mengadakan rundingan dan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk memberi keutamaan dalam perolehan tender / sebut harga / permit / lesen.

CARTA ORGANISASI

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK SHAFIEE ALI
Pengurus 
Telefon: +603 - 7884 6655 E-mel: shafiee64@yahoo.com

ENCIK MUHAMAD NAZRI ABDUL KADIR
Pegawai 
Telefon: +603 - 7884 6637 E-mel: muhamadnazri.angkasa@gmail.com

ENCIK NORMAN GHAZALI
Penolong Pegawai
Telefon: +603 - 7884 6636 E-mel: normanghazali.angkasa@gmail.com

ENCIK NORAFLI AHMAD
Penolong Pegawai
Telefon: +603 - 7884 6712 E-mel: afli_bacc@yahoo.com

Cik Siti Hamduna Mat Isa
Telefon: +603 - 7884 6692 E-mel: siti.hamduna.sh@gmail.com

No.411, Block C
Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
46798 Petaling Jaya, Selangor
Faks: +603 - 7884 6708 E-mel: perladangan.angkasa@gmail.com

Leave your comments

Comments

  • Guest (Mary Lee)

    My younger sister was not interested in reading books at all until we visited this exhibition. It was an experience full of positive emotions and great impressions. The most important fact is that the event aroused her interest in reading, though I didn't expect it to happen.

    0 Short URL:
  • Guest (Michael jenkins)

    My son had a lot of fun at the exhibition - he took photos of his favorite book heroes, read some short stories by young yet exceptionally talented authors and had a good time at the CBE's playground. It was a perfect opportunity to spend our free time and learn something new.

    0 Short URL: