Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan

by Super User
in Latest
Hits: 2619

Misi Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA adalah menjadi platform yang dapat memperkasakan serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk dari aspek pengiktirafan, undang-undag, sumber modal dan produk.

SEKTOR PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ANGKASA

“Pemangkin Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Koperasi”’

MISI

Sebagai hub dan penyumbang pendapatan utama didalam gerakan koperasi

VISI

Menjadi platform yang dapat memperkasakan serta melindungi kepentingan dan hak memperjuangkan hak gerakan koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk dari aspek pengiktirafan, undang- undang, sumber modal dan produk-produk

TERMA RUJUKAN (TOR)

 TOR 1

Merangka program /aktiviti sektor yang bersesuaian dan menjadi penyelaras kepada program/aktiviti sektor yang dijalankan selaras dengan objektif penubuhan sektor peneraju.

 TOR 2

 Meneraju aktiviti-aktiviti sektor:-

- Menjadi pengantara di antara pihak berkepentingan dengan koperasi (contoh seperti agensi kerajaan serta pihak pengawal selia demi kepentingan sektor peneraju)

- Mengkaji, mengenalpasti serta mencadangkan isu-isu yang berkaitan dengan sektor peneraju (e.g: isu berkaitan undang-undang dan kekangan).

- Bertindak sebagai pemungut serta pentadbir data koperasi yang berdaftar dengan sektor peneraju.

- Bertindak sebagai pengumpul, pengawal, penggerak kepada pembangunan sektor peneraju terutamanya  dari segi pendapatan sektor koperasi.

- Bertindak sebagai pelapor pemantau serta penyelaras kepada perkembangan sektor koperasi serta mesyuarat dalaman atau luaran.

 TOR 3

Merangka, mencadangkan dan melaksana pelan/program pembangunan demi kepentingan sektor peneraju secara keseluruhan.

TOR 4

Memperkasakan produk-produk koperasi yang berunsurkan kewangan dan francais yang lebih kompetitif dan berdaya saing. (e.g: pembiayaan peribadi/ ar-rahnu)

TOR 5

Menggalakkan penubuhan coopbank oleh koperasi-koperasi yang berskala tinggi dan besar di samping pengiktirafan coopbank yang telah diberikan kepada Bank Rakyat dan Bank Persatuan.

TOR 6

Platform untuk mendapatkan modal kerja dan modal projek yang murah dan kompetitif dari pasaran modal serta sumber-sumber yang bakal dikenalpasti. (e.g: sukuk)

TOR 7

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) diiktiraf oleh kerajaan sebagai bank koperasi yang dimiliki sepenuhnya oleh gerakan koperasi.

TOR 8

Memperkasakan dan mendapatkan pengiktirafan kerajaan agar Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) menjadi ‘one stop centre’ untuk potongan gaji bagi seluruh Malaysia untuk sektor koperasi dan bukan koperasi serta disokong sepenuhnya dengan tatacara kelestarian kredit (e.g: SPeKAR – pra pembiayaan, sistem tawarruq dan Skim Perlindungan Kredit Koperasi – post pembiayaan)

 PENCAPAIAN SEKTOR PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ANGKASA

- Konvensyen Koperasi Kredit pertama telah diadakan pada 17-19 Disember 2015 di Awana Golf Resort, Genting Highlands telah dihadiri sebanyak 112 koperasi kredit diwakili seramai 260 anggota.

- Sehingga tahun 2018, RM1.63 Billion pengeluaran pembiayaan telah diterima oleh koperasi melalui beberapa institusi kewangan.

- Peningkatan sebanyak 301 buah koperasi telah berjaya memulakan perniagaan produk berteraskan kewangan sehingga tahun 2018

- Penganjuran kursus-kursus dan bengkel pembangunan sepanjang tahun bermula dari 2016 sehingga kini.

- Kerjasama erat bersama-sama dengan institusi kewangan dan agensi seperti Bank Rakyat, Co-opbank Pertama, Bank Muamalat, Bank AGRO, Bank Islam, SKM, MKM, Sedania As-Salam, KKLW/ KPLB, TERAJU & POSNAKER (Indonesia)

PROGRAM DAN BENGKEL PEMBANGUNAN 2019

- Program Pemerkasaan dan Pemantapan Produk Koperasi Feb- Mac

- Bengkel Penyediaan Pelan Perniagaan Untuk Pembiayaan Modal Kerja Jun- Ogos

- Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi Ogos- Okt

- Bengkel Pengurusan Kredit Perkhidmatan Pemulihan Kredit Nov- Dis

KERJASAMA STRATEGIK DAN PEMBANGUNAN PROJEK

- Perkhidmatan Pemulihan Kredit Koperasi

- MyCoop eWorkers

- ICOOP Insurans

- Kerjasama Strategik Pos Malaysia-ANGKASA

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS
Pengurus Besar
Bahagian Perkhidmatan Kredit & Perbankan dan Sektor Kewangan ANGKASA

Pejabat Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Perbankan dan Sektor Kewangan (Tingkat 5)
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6437 / +603- 7884 6469 Faks: +603 - 7804 6722 E-mel: darulnizam76@yahoo.com.my / darul@angkasa.coop

03- 7884 6577

Penolong Pengurus

(En Khairool Afiq)

 

03- 7884 6566

(Pn. Nurul Amira, Pn Nik Hafiza, En Mohd Fakhri)

 

03- 7804 6722 (Fax)

Email : sektorkewangan.angkasa@gmail.com

Facebook : sektorkewangan.angkasa

 

Leave your comments

Comments

  • Guest (Jane Ramirez)

    I am grateful for the opportunities you provide to everyone who wants to learn basic and advanced defense skills. Every evening I have to make my way through a dangerous area, and your course is a real rescue for me.

    0 Short URL:
  • Guest (Wesley Mills)

    This course includes everything you may need to learn basic self-defense skills. As a professional fighter, I recommend you to check out the video tutorials of Bradley Roberts. He is the acknowledged and licensed professional in self-defense and martial arts. With his guidance, you can benefit from learning how to defend yourself.

    0 Short URL: