Sektor Hartanah dan Industri Binaan

by Super User
in Public
Hits: 3706

Visi Sektor Hartanah dan Industri Binaan adalah menjadi Peneraju Kecemerlangan Koperasi dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui Sektor Hartanah dan Industri Binaan menjelang 2030.

MISI

1. Mengenal pasti dan memajukan perniagaan baru untuk koperasi yang berpotensi.

2. Membangun dan memperkukuhkan aktiviti perniagaan koperasi yang sedia ada.

3. Mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

MOTTO SEKTOR

Hartanah adalah aset koperasi

PERANAN & FUNGSI SEKTOR

1. Merangsang dan membangunkan aktiviti perniagaan koperasi yang terlibat dalam Sektor Hartanah dan Industri Binaan

2. Membina rangkaian perniagaan koperasi dalam bidang ini.

3. Menjadi organisasi pemudahcara untuk perancangan pembangunan hartanah dan projek koperasi.

OBJEKTIF SEKTOR

1. Membuka peluang koperasi untuk menceburi pembangunan hartanah dan industri binaan.

2. Membimbing koperasi mencapai kadar pertumbuhan pendapatan yang mampan.

3. Menyediakan platform kepada koperasi untuk berunding dan mencipta persetujuan usahasama projek antara koperasi.

PERANCANGAN PROGRAM SEKTOR HARTANAH & INDUSTRI BINAAN UNTUK TAHUN 2020

Klik dsini 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

PUAN AZIAH TALIB
Pengurus 
Sektor Hartanah & Industri Binaan

Suite A-306, Tingkat 1, Block A
Glomac Business Centre
Jalan SS 6/3, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Telefon: +603 - 7803 0494  Faks: +603 - 7802 8274 E-mel: hartanah.angkasa@gmail.com


KONSORTIUM KOPERASI HARTANAH NEGARA BERHAD

1. Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad telah didaftarkan pada 28 Oktober 2016 di alamat No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, 80200 Johor Bahru, Johor. Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersetuju meluluskan penubuhan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Fungsi utama Konsortium Koperasi inni adalah pembangunan hartanah dan kawasan operasi seluruh Malaysia.  Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh konsortium koperasi seperti berikut:-

- Pembangunan hartanah, perunding, pengurusan projek, pemaju, kontraktor dan sub kontraktor;

- Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri, rumah kedai, permis perniagaan, bangunan pejabat dan perumahan milik agensi;

- Membeli dan memiliki tanah untuk mendirikan bangunan atau bangunan atau rumah – rumah kediaman atau dipecahkan kepada lot-lot perumahan untuk anggotanya atau membeli rumah-rumah, bangunan dan tapak rumah serta bangunan serta menjual, memajak, mencagar, memindahkan tanah dan rumah- rumah itu kepada anggota- anggotanya.

- Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi anggota membeli hartanah yang dimajukan oleh koperasi;

- Menjalankan aktiviti pembekalan dan pemasaran bahan binaan;

- Membeli, menebus, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan , menyewa, mencagar ,memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta  tak alih;

- Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

- Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;

- Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan; dan

- Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi- koperasi yang termasuk dalam dan antarabangsa.

2. Keanggotaan

Sehubungan dengan itu koperasi ini membuka keanggotaan kepada koperasi-koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA di seluruh negara yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas.

3. Permohonan menjadi anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi koperasi ini dan dialamatkan setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan. Klik di sini untuk muat turun borang.

4. Fi masuk

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan fi masuk sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus sahaja)

5. Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota

Menurut Seksyen 28 Akta tiap- tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM5000.00 (Ringgit: Lima Ribu sahaja ) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana terkandung di dalam undang - undang kecil koperasi ini.

6. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad ini telah diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Hotel International, Kuala Lumpur. 

7. Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut sila berhubung dengan Setiausaha Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad, Encik Sazali Abd. Hamid.

No. Tel:- +607 - 238 4457
No. Faks:- +607 - 235 4584
E-mel:- jpn_johor@angkasa.coop / sazali.angkasa@gmail.com 

Leave your comments

Comments

  • Guest (Kelly Murphy)

    Management is an important element of every company's work, but cost management is even more important because it gives every businessman an opportunity to control the financial side of his company, and manage its resources effectively.

    0 Short URL:
  • Guest (Kate Doyle)

    It's amazing! These services have really helped my company to manage several important projects and to establish good reputation of my business. And I think if cost management is applied correctly, it can improve the whole financial state of any company.

    0 Short URL: