Pembatalan Notis dan Perubahan Tarikh Persidangan Negeri Tahun 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) Bil. 1/2021, pada 27 Januari 2021 telah mengambil keputusan menangguhkan Persidangan Negeri (PN) yang dijadualkan sebelum ini kepada satu tarikh baru mengikut tempoh pelanjutan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Ruj.  AKKM : 2/5/31 Jld. 2 (1)
Tarikh : 1 Februari 2021

Pengerusi Koperasi Anggota ANGKASA

Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

 

YBhg. Tan Sri/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

PEMBATALAN NOTIS DAN PERUBAHAN TARIKH PERSIDANGAN NEGERI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui rujukan, SKM.IP.(AM) 7964/65 JILID 3 (32) bertarikh 19 Januari 2021 pada dasarnya telah bersetuju dengan pindaan Undang-undang Kecil (UUK) ANGKASA sebagaimana yang telah dibentangkan dan diluluskan pada Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33, tahun 2018.

3.     Memandangkan pindaan UUK ini melibatkan perubahan dalam tatacara Persidangan Negeri (PN) dan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) sediaada, Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) Bil. 1/2021, pada 27 Januari 2021 telah mengambil keputusan menangguhkan Persidangan Negeri (PN) yang dijadualkan sebelum ini kepada satu tarikh baharu mengikut tempoh pelanjutan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan ditetapkan oleh SKM. Notis Pemberitahuan Persidangan Negeri yang telah dihantar sebelum ini kepada semua koperasi anggota ANGKASA adalah dibatalkan dan satu notis pemberitahuan yang baharu akan dihantar kemudian.

4.     Pihak kami mohon maaf di atas segala kesulitan berikutan pembatalan dan penangguhan ini. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, bolehlah hubungi pihak unit Persidangan ANGKASA di talian 03-78846453/019-2490503 En. Azman Ahamad, 03- 74548206/019-2281914 En. Hazim Abdul Halim, 03-78007884/011-11278626 Pn. lrwani Malik atau Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri masing-masing.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

"SADIK, AMANAH, TELUS"

HASNAN HJ. MUSTAPHA
Setiausaha Eksekutif

 

s.k.:  - Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri

        - Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

Klik di sini untuk muat turun Surat Pembatalan Notis dan Perubahan Tarikh Persidangan Negeri Tahun 2021