Pelan Strategik & Pelan Tindakan ANGKASA 2017-2050

Pelan Strategik ANGKASA (2017 – 2050) dirangka dan disusun bagi mencapai halatuju ANGKASA 2050.  Dengan Visi ANGKASA sebagai Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi, empat (4) Tonggak Strategik utama iaitu Tonggal Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi.

Pelan Strategik ANGKASA (2017 – 2050) dirangka dan disusun bagi mencapai halatuju ANGKASA 2050.  Dengan Visi ANGKASA sebagai Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi, empat (4) Tonggak Strategik utama iaitu Tonggal Ekonomi, Tonggak Ekosistem, Tonggak Tadbir Urus dan Tonggak Inovasi.

           

                                                                                      

Pelan Strategik ANGKASA (2017 – 2050) dirangka dan disusun bagi mencapai halatuju ANGKASA 2050.  Dengan Visi ANGKASA sebagai Pemacu Unggul Kelestarian Sosioekonomi Gerakan Koperasi, empat (4) Tonggak Strategik utama iaitu TONGGAK EKONOMI, TONGGAK EKOSISTEM, TONGGAK TADBIR URUS DAN TONGGAK INOVASI disandarkan.  Bagi setiap tonggak, dua (2) Teras Strategik ditetapkan dengan memberi fokus kepada Fokus ANGKASA (untuk memperkukuh infrastruktur organisasi ANGKASA) dan Fokus Gerakan (untuk melestarikan gerakan koperasi yang diterajui ANGKASA).

Anjakan Pelan Tindakan bagi pelaksanaan Pelan Strategik ANGKASA telah dibahagikan kepada tiga (3) tahap jangka masa iaitu Pelan Jangka Pendek (2017-2020), Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) dan Pelan Jangka Panjang (2031-2050).  ANGKASA kini telah melangkah ke Anjakan Pelan Tindakan bagi Pelan Jangka Sederhana 2021-2030 dengan bertemakan “Koperasi Menjadi Pilihan Perniagaan”.  Pelan Strategik ini diperkukuhkan melalui Rancangan ANGKASA (2021-2030) dengan menggariskan Fokus Keutamaan bagi Pelan Tindakan setiap lima (5) tahun dalam memastikan Hasil Strategi bagi setiap tonggak dicapai.

                                                        

PENYELARASAN PELAN STRATEGIK ANGKASA 

Pembangunan Pelan Strategik ANGKASA (2017-2050) ini adalah sejajar dan selaras dengan aspirasi-aspirasi kerajaan seperti yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030), Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025, Dasar-dasar Utama Malaysia dan Luar Negara serta Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal). Dalam membangunkan teras-teras setiap Tonggak, semua matlamat dan hala tuju yang ditetapkan dalam dasar berkenaan digunakan sebagai rujukan dan dihubungkait dengan Teras Strategik ANGKASA (2017-2050).

Penyelarasan Pelan Strategik berdasarkan Dasar-Dasar Utama Negara amatlah penting bagi memastikan hala tuju gerakan koperasi adalah seiring dengan hala tuju, matlamat dan rancangan Negara seterusnya memastikan peningkatan dan kelestarian impak sumbangan koperasi kepada Negara.

                                               

Bagi membantu ANGKASA mencapai matlamat dan tema yang telah ditetapkan dibawah Pelan Jangka Sederhana 2021 – 2030, ANGKASA telah memperkenalkan Rancangan ANGKASA 2021 hingga 2025 serta Rancangan ANGKASA 2026 – 2030 yang akan menggariskan fokus keutamaan dan sasaran pemerkasaan gerakan koperasi di Malaysia bagi tempoh 5 tahun.  Rancangan ANGKASA ini akan dilaksanakan sepenuhnya mulai Januari 2021.