Kerjaya


 

IKLAN LUARAN

Yayasan ANGKASA dahulunya dikenali sebagai Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) ditubuhkan pada 4 Disember 1999, dan secara rasminya dikenali sebagai Yayasan ANGKASA pada 27 September 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Master dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 

1. PEGAWAI KEWANGAN & PENTADBIRAN –

Kelayakan dan Pengalaman 

1) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang perakaunan atau yang setaraf dengannya.

2) Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang perakaunan & pentadbiran Pejabat.

3) Mempunyai pengalaman di dalam mengendalikan SAP Sistem serta kemahiran dalam menyediakan laporan kewangan.

4) Amanah & Berintegriti serta mampu bekerja dalam pengawasan yang minimum serta dateline yang mencabar.

Bidang Tugas

1) Bertanggungjawab mengawal selia urusan berkaitan kewangan termasuk sumbangan daripada penderma.

2) Bertanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan bulanan, tahunan untuk dibentangkan kepada Lembaga Pemegang Amanah, ANGKASA dan LHDNM. 

3) Menguruskan Cukai pendapatan syarikat serta mengemukakan resit pelepasan cukai pendapatan kepada penderma.

4) Mengawal selia kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan ANGKASA.

5) Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa.

 

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kelayakan dan Pengalaman 

1) Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang IT (Pengaturcaraan Maklumat).

2) Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang Pengaturcaraan Maklumat.

3) Amanah & Berintegriti serta mampu menepati dateline yang mencabar.

Bidang Tugas 

1) Bertanggungjawab dalam menyelia dan memantau sistem Yayasan ANGKASA On Line Database -YOLD.

2) Mengemaskini laman sesawang Yayasan ANGKASA dan berperanan sebagai pengaturcaraan sistem data based Yayasan.

3) Memastikan penyimpanan rekod kualiti (perjanjian, Borang BPA, dan lain-lain dokumen berkaitan Yayasan dalam keadaan teratur dan selamat.

4) Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa

 

3. KERANI HAL EHWAL PELAJAR

Kelayakan dan Pengalaman

1) Sekurang-kurangnya SPM/SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2) Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang pentadbiran.

3) Berpengalaman dalam penggunaan komputer.

4) Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa.

Bidang Tugas

1) Mengemaskini maklumat pelajar Yayasan ANGKASA dari semasa ke semasa dengan sistematik.

2) Membantu menyelaras aktiviti dan program.

3) Memantau dan melaporkan keputusan peperiksaan pelajar Yayasan ANGKASA bagi setiap semester dan menghantar Borang Prestasi Pengajian Yayasan ANGKASA setiap akhir semester.

4) Menguruskan hal-hal berkaitan pelajar Yayasan ANGKASA.

5) Menerima arahan dari masa ke semasa daripada pegawai.

 

4. PEMBANTU AM – 1 Kekosongan

Kelayakan dan Pengalaman 

1) Warganegara Malaysia

2) Sekurang-kurangnya SRP / PMR / SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

3) Memiliki lesen B2 & D serta memiliki kenderaan sendiri.

Bidang Tugas

1) Mengemas kini rekod, penyimpanan fail, menyimpan dokumen berkaitan ke dalam fail, mengurus dan mengedar surat dan dokumen serta memastikan pejabat sentiasa bersih, kemas dan teratur.

2) Memastikan kesulitan dokumen-dokumen berkaitan dengan syarikat. 

3) Bertanggungjawab untuk memastikan kesulitan dalam hal-hal berkaitan organisasi.

4) Bertanggungjawab dengan memastikan sistem dan hal-hal pemfailan & dokumentasi sentiasa teratur, tersusun dan dikemas kini pada setiap masa.

5) Bertanggungjawab untuk mengeluarkan rekod-rekod/dokumen yang berkaitan sekiranya diminta.

6) Bertanggungjawab dalam penghantaran dokumen-dokumen berkaitan hal syarikat dan memastikan setiap dokumen yang dihantar diterima oleh pihak kedua dengan efisien.

7) Membantu dalam memastikan dokumen-dokumen berkaitan tersedia sebelum mesyuarat dijalankan bagi memastikan kelancaran proses mesyuarat. 

8) Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan hal-hal lain dari semasa ke semasa.

 

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan beserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada:

YAYASAN ANGKASA

No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No. 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. atau e-mel : setiausaha.yayasanangkasa@gmail.com selewat-lewatnya pada 29 Disember 2017

TEL: 03 - 7880 5358 /6358 /9358

FAKS: 03 - 7886 3357

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga

                                                      

 


 

IKLAN DALAMAN

SEMUA KAKITANGAN ANGKASA.

Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan ANGKASA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1) PEGAWAI KERJA (BHG. PERKHIDMATAN KREDIT DAN KEWANGAN - GRED L, Ibu Pejabat)

Kelayakan dan Pengalaman 

1) Kakitangan gred PK1/PT1/PT2/PK3 yang berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Koperasi/Perakaunan atau kelayakan yang 
diiktiraf setaraf dengannya; atau

2) Kakitangan gred PK1/PT1/PT2/PK3 yang berkelulusan Diploma Pentadbiran Koperasi/Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan
berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun; atau

3) Kakitangan gred PK1/PT1/PT2/PK3 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.

4) Berpangalaman dalam bidang perakaunan, koperasi dan sistem potongan gaji SPGA adalah diutamakan.

Bidang Tugas

1) Menyelia kerja-kerja perakaunan dan penyata penyesuaian bank supaya sentiasa dikemaskini dengan betul, cepat dan tepat.

2) Mengurangkan jumlah wang yang dibayar kepada kerajaan di bawah AKTA Wang Tidak Dituntut. 

3) Menyelia, menyemak dan membuat pengesahan bagi menyelesaikan masalah terimaan atau bayaran serta semua laporan bulanan, dan memberi penerangan serta lawatan kepada jabatan/majikan/bank dan koperasi yang berkaitan.

4) Menyelia disiplin dan kerja-kerja harian semua kakitangan bawahan.

 

2) KERANI KANAN (BHG. PERKHIDMATAN KREDIT DAN KEWANGAN - GRED PK1, Ibu Pejabat)

Kelayakan dan Pengalaman 

1) Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/STPM/SPMV dan berpengalaman dalam bidang berkaitan; atau

2) Kakitangan Gred PK3 yang telah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.

3) Mahir menggunakan komputer.

4)Mahir dengan Operasi SPGA atau sistem potongan gaji di koperasi dan berpengalaman dalam bidang perakaunan adalah diutamakan.

Bidang Tugas 

1) Menyelia, menyemak dan membuat pengesahan dan menyelesaikan semua Terimaan yang bermasalah, Jabatan Besar, Bayaran Berasingan, Potongan Gaji
Majikan/Jabatan dan Kumpulan Reject serta menyediakan laporan bulanan berkaitan.

2) Bertanggungjwab menguruskan semua proses bayaran kepada pelanggan BPA (bank, koperasi, insurans dan lain-lain) serta semua cek-cek dan baucar
bayaran.

 

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan melaluai Pengurusan Besar Bahagian masing-masing selewat-lewatnya 

29 Disember 2017. Hanya permohonan terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga.