Penghargaan kepada PM & Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Sebagai tanda penghargaan atas penjenamaan baru Kementerian Pembangunan Usahawan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), ANGKASA memohon supaya pihak koperasi juga turut menyatakan rasa terima kasih dengan mengutuskan surat atau e-mel kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan YB Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Klik di sini untuk muat turun panduan mengutuskan surat atau e-mel bagi menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan atas keprihatinan pihak kerajaan demi memartabatkan Sektor Koperasi di negara ini.