Bil 6/2016 (Pengesahan Kakitangan Untuk Majikan)

14 Mac 2016

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 06/ 2016

PENGESAHAN KAKITANGAN UNTUK MAJIKAN DI BAWAH:-

  1. IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KOTA BHARU, KELANTAN.
  2. IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SARAWAK.
  3. IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN, KUALA LUMPUR.
  4. HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
  5. PUSAT LATIHAN POLIS SEGAMAT, JOHOR.
  6. IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG, SELANGOR.
  7. MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. (perubahan & tambahan nama).
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK – UNIMAS.
  9. IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR.

Dimaklumkan bahawa majikan di atas telah mengeluarkan arahan dengan menyatakan bahawa kuasa menandatangani borang BPA hanya diberikan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sahaja.

Dilampirkan bersama surat dari majikan tersebut, berkenaan dengan nama pegawai yang diberi kuasa menandatangani borang BPA untuk rujukan dan tindakan semua pelanggan BPA.

Semua pelanggan BPA perlu memastikan kakitangan di jabatan tersebut mendapat pengesahan dari pegawai yang dilantik sebagai kebenaran untuk ANGKASA menguruskan potongan gaji pada borang BPA 1/79 termasuk pinjaman bertindih (overlaping).

Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta dan pelanggan BPA perlu mematuhi arahan ini.

Terima kasih.

Lampiran.