Bil 5/2016 (Perubahan Fungsi Aplikasi Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) Berkaitan Dengan Sistem Tawarruq ANGKASA).

Ruj kami :  AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (15 )

 

17 Februari 2016

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 05/ 2016

PERUBAHAN FUNGSI APLIKASI SISTEM POTONGAN GAJI ANGKASA (SPGA) BERKAITAN DENGAN SISTEM TAWARRUQ ANGKASA.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sistem Tawarruq ANGKASA yang dibangunkan oleh ANGKASA merupakan kemudahan yang disediakan kepada koperasi yang menjalankan aktiviti pembiayaan. Sistem ini juga merupakan instrumen patuh syariah yang komprehensif dan dinamik sejajar dengan keperluan Maqasid Syariah. Sistem ini telah dilancarkan dan telah diaplikasikan dalam SPGA. Koperasi / organisasi pelanggan BPA akan melihat fungsi sistem ini pada skrin BPA 1/79 & BPA 2/79.

Fungsi ini disediakan kepada koperasi yang telah menyertai skim Tawarruq ANGKASA. Terdapat sedikit perubahan yang akan melibatkan aturcara proses kepada semua koperasi / organisasi pelanggan BPA yang menggunakan skrin tersebut.

Koperasi / organisasi pelanggan BPA boleh merujuk kepada perubahan aturcara proses kerja yang telah ditunjukan pada skrin SPGA.

Jika koperasi / organisasi pelanggan BPA ada sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi  ANGKASA.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.