Bil 2/2016 (Bayaran Potongan Gaji Untuk Januari 2016 Bagi Anggota Polis Diraja Malaysia- PDRM).

Ruj kami :  AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (12 )

 

04 Feb 2016

Kepada semua
Koperasi / Organisasi Pelanggan
Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 02/ 2016

BAYARAN POTONGAN GAJI UNTUK JANUARI 2016 BAGI ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA – PDRM.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Seperti yang sedia maklum, bermula Januari 2016 semua gaji dan potongan gaji untuk anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Perkara ini telah menyebabkan berlaku perubahan pada nombor gaji untuk anggota PDRM.

Untuk makluman, ada lebih kurang 5% daripada jumlah keseluruhan bayaran yang diterima dari KDN terlibat dengan masalah perubahan nombor gaji ini. Bagi membolehkan proses bayaran dibuat untuk pelanggan BPA, maka proses semakan bagi anggota yang terlibat perlu dilakukan secara manual di pihak ANGKASA.

Oleh yang demikian, bayaran kepada semua pelanggan BPA bagi anggota yang terlibat akan ambil masa 2 – 3 minggu untuk proses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai ANGKASA seperti di bawah.

  1. En. Abdul Rahman Baba                Tel  :  03-78007838
  2. Pn. Ainah Yon Hj. Ahmad              Tel  :  03-78022414

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.