Bil 1/2016 (Penamatan Akses Semakan Jenis Potongan Dan Sejarah Bayaran Bukan Anggota).

AKKM : 1/7/3 Jld. 5 (11)

1 Februari 2016

Kepada Semua

Koperasi / Organisasi Pelanggan BPA

YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan

PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 01/2016

PENAMATAN AKSES SEMAKAN JENIS POTONGAN DAN SEJARAH BAYARAN BUKAN
ANGGOTA

Berkuat kuasa mulai 1 Mac 2016, ANGKASA akan menamatkan akses kepada semakan
jenis potongan dan maklumat sejarah bayaran bukan anggota / ahli melalui SPGA.
Peraturan ini terpaksa dilaksanakan selaras dengan kehendak Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010.

Sebagai alternatif, kedua-dua perkhidmatan tersebut di atas masih boleh diperolehi
melalui Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA – RAMCI (SPeKAR). Maklumat lanjut
mengenai SPeKAR boleh diperolehi melalui laman web ANGKASA :
www.angkasa.coop atau hubungi talian : 03-7884 6466 (Cik Wan Masni Wan Saupik).

Walau bagaimanapun, pelanggan BPA masih boleh terus menikmati kemudahan
akses kepada kedua-dua maklumat di atas terhad kepada anggota / ahli masingmasing
sahaja.

Sekian, terima kasih.