Coop Farmasi

Projek perniagaan produk kesihatan dan penjagaan diri merupakan salah satu perniagaan yang diperkenalkan oleh ANGKASA untuk koperasi yang ingin menceburi perniagaan berasaskan farmaseutikal dan kesihatan. Sektor itu dilihat bakal memberi pulangan selain memberi akses atau kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada anggota dan masyarakat. 

Melalui projek ini, ANGKASA membuka peluang kepada koperasi yang berminat mengusahakan premis farmasi dengan jenama 'Coop Farmasi' secara lebih bersistematik dan tersusun. 'Coop Farmasi' merupakan satu rangkaian farmasi baru yang dirancang di bawah Projek Pharmawellness (ANGKASA). Projek ini deselia dan dikawal oleh Myangkasa Farmasi Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat ANGKASA.


Promosi